Open Access. Powered by Scholars. Published by Universities.®

Digital Commons Network™

Open Access. Powered by Scholars. Published by Universities.®

2015

Discipline
Institution
Keyword
Publication
Publication Type

Articles 181 - 210 of 227

Full-Text Articles in Entire DC Network

Al-Manhaj Al-Haraki Dalam Penulisan Sayyid Muhammad Nuh Menurut Perspektif Hadith : Aplikasi Dalam Isu-Isu Semasa Gerakan Dakwah Di Malaysia / Muhammad Arif Yahya, Yahya Muhammad Arif Jan 2015

Al-Manhaj Al-Haraki Dalam Penulisan Sayyid Muhammad Nuh Menurut Perspektif Hadith : Aplikasi Dalam Isu-Isu Semasa Gerakan Dakwah Di Malaysia / Muhammad Arif Yahya, Yahya Muhammad Arif

Student Works (2010-2019)

Al-Manhaj al-haraki adalah merupakan metode dan aliran yang digunakan oleh tokoh- tokoh gerakan dakwah semasa kearah penafsiran ayat-ayat al-Quran serta hadith-hadith berlandaskan pendekatan al-haraki. Kajian ini bertujuan mengenal pasti al-manhaj al-haraki yang wujud dalam penulisan Sayyid Muhammad Nuh khususnya metode penulisan beliau dari perspektif hadith. Kajian juga bertujuan meneliti aplikasi al-manhaj al-haraki gerakan dakwah di Malaysia dalam menangani beberapa isu semasa yang timbul. Untuk mencapai objektif ini, kajian telah menggunakan dua metode penyelidikan, iaitu metode perpustakaan dan metode lapangan. Hasil kajian mendapati bahawa wujud aliran al-haraki dalam pengajian hadith sepertimana wujud aliran tersebut dalam pengajian tafsir sebelum ini. Hasil kajian …


Analisis Isu-Isu Hukum Dalam Ibadat Haji: Kajian Perbandingan Antara Pandangan Kementerian Agama Dan Persatuan Islam Di Indonesia / Muhammat Nuri, Nuri Muhammat Jan 2015

Analisis Isu-Isu Hukum Dalam Ibadat Haji: Kajian Perbandingan Antara Pandangan Kementerian Agama Dan Persatuan Islam Di Indonesia / Muhammat Nuri, Nuri Muhammat

Student Works (2010-2019)

Tesis ini bertajuk “Analisis Isu-Isu Hukum Dalam Ibadat Haji: Kajian Perbandingan Antara Pandangan Kementerian Agama Dan Persatuan Islam Di Indonesia”, memberikan gambaran secara jelas mengenai isu-isu hukum yang sering kali muncul dalam perlaksanaan ibadat haji khususnya antara dua badan hukum yang berbeza sudut pandangannya dalam menentukan pelbagai hukum di Indonesia. Ibadat haji apabila dilaksanakan dengan benar akan meningkatkan mutu keimanan dalam mencapai puncak kesempurnaan sebagai seorang muslim dalam melaksanakan syariat Islam. Kementerian Agama (KEMENAG) dan Persatuan Islam (PERSIS) adalah suatu badan hukum yang menangani pelbagai hal keagamaan, khususnya ibadat haji di Indonesia. Namun perbezaan yang sangat ketara antara keduanya adalah …


Elemen Pemikiran Kritis Menurut Perspektif Al-Quran: Kajian Surah Al-Rum / Zainoriah Kadri, Kadri Zainoriah Jan 2015

Elemen Pemikiran Kritis Menurut Perspektif Al-Quran: Kajian Surah Al-Rum / Zainoriah Kadri, Kadri Zainoriah

Student Works (2010-2019)

Kajian ini bertajuk Elemen Pemikiran Kritis Menurut Perspektif Al-Quran: Kajian Surah Al-RËm. Objektif utama kajian ialah mengkaji elemen asas, utama dan dua elemen aras tinggi pemikiran kritis berdasarkan istilah-istilah al-Quran. Ia juga menyelidik latar belakang surah al-RËm serta perkaitannya dengan konsep pemikiran kritis, dari perspektif barat dan juga al-Quran. Objektif terakhir, meneliti penggunaan istilah, elemen, tema serta metode paparan aspek-aspek pemikiran kritis, sebagaimana yang terdapat di dalam surah al-RËm. Kajian ini berbentuk penyelidikan keperpustakaan dan bersifat kualitatif. Metode pengumpulan data menggunakan kitab al-Quran sebagai sumber primer. Ia suatu kajian al-Quran berbentuk mawÌË‘Ê. Proses penganalisisan data menggunakan metode induktif dan deduktif …


Determinants Influencing Halal Food Consumption Among Generation Y Muslims In Malaysian Private Universities / Aiedah Abdul Khalek, Abdul Khalek Aiedah Jan 2015

Determinants Influencing Halal Food Consumption Among Generation Y Muslims In Malaysian Private Universities / Aiedah Abdul Khalek, Abdul Khalek Aiedah

Student Works (2010-2019)

Previous researches have shown that there are three main determinants of halal consumption, namely attitude, subjective norms and perceived behavioral control. In addition, religiosity has been an important inquiry in human consumption, particularly in halal food consumption. In Malaysia, many initiatives have been conducted by the Malaysian government to encourage halal consumption. However, the influence attitude, subjective norms, perceived behavioral control, religiosity and the government initiatives in influencing halal food consumption among Generation Y as the main food consumers are still vague. Therefore, this study aims to identify and analyze the determinants influencing Generation Y Muslim consumers’ intention in consuming …


Pengambilkiraan Faktor Perubahan Sosial Dalam Fiqh Semasa: Analisis Terhadap Isu-Isu Fiqh Wanita / Siti Fatimah Salleh, Salleh Siti Fatimah Jan 2015

Pengambilkiraan Faktor Perubahan Sosial Dalam Fiqh Semasa: Analisis Terhadap Isu-Isu Fiqh Wanita / Siti Fatimah Salleh, Salleh Siti Fatimah

Student Works (2010-2019)

Kedudukan kandungan syariat Islam yang mengandungi hukum dalam bentuk pengekalan dan perubahan telah mengambil kira faktor perubahan sosial yang melibatkan masa dan tempat bermula pada zaman Rasulullah SAW sehingga imam mujtahid. Jaringan penelitian ini diteruskan oleh mujtahid kontemporari dalam membina hukum yang bersifat holistik. Dalam menganalisis sesuatu hukum fiqh semasa, pengambilkiraan faktor perubahan sosial perlu diraikan agar sesuatu hukum menepati syariat dan bersifat anjal dalam masyarakat berasaskan piawaian metodologi ijtihad yang dianjurkan oleh mujtahid kontemporari. Kajian ini bermatlamat untuk menganalisis implikasi faktor perubahan sosial terhadap isu-isu semasa fiqh wanita dan kaitannya dengan kelestarian atau transformasi hukum. Metodologi yang digunakan dalam …


Sejarah Balai Cerap Di Malaysia : Kajian Isu-Isu Pembangunan Sumber Manusia / Khadijah Ismail, Ismail Khadijah Jan 2015

Sejarah Balai Cerap Di Malaysia : Kajian Isu-Isu Pembangunan Sumber Manusia / Khadijah Ismail, Ismail Khadijah

Student Works (2010-2019)

The history of the observatory showed a systematic organization in carrying out educational and research studies in astronomy since the early 9th century during the glorious Islamic civilization era. The Syammasiya and Qasiyun Observatory which were the earliest and other observatories during that era had been used as examples to European observatories and observatories worldwide including ones in Malaysia until today. Differences exist between the observatories in the past and at the present in the scopes of research and the instruments in use now which have given rise to the difference in the objectives and functions and the contributions of …


Konsep Al-Ilahiyyat Dalam Pemikiran Syiah Al-Ithna ‘Ashariyyah: Analisis Bab Al-Tawhid Dari Kitab Al-Kafi Menurut Perspektif Al-Asha‘Irah / Mohd Hamidi Ismail, Ismail Mohd Hamidi Jan 2015

Konsep Al-Ilahiyyat Dalam Pemikiran Syiah Al-Ithna ‘Ashariyyah: Analisis Bab Al-Tawhid Dari Kitab Al-Kafi Menurut Perspektif Al-Asha‘Irah / Mohd Hamidi Ismail, Ismail Mohd Hamidi

Student Works (2010-2019)

Kajian bertajuk “Konsep Al-ilahiyyat Dalam Pemikiran Syiah Al-ithna ‘Ashariyyah: Analisis Bab Al-Tawhid Dari Kitab Al-Kafi Menurut Perspektif Al-Asha‘irah” merupakan sebuah kajian dengan objektif utama mengenal pasti tasawur tentang tuhan dan sifatnya dalam al-Kafi dan penilaian terhadapnya oleh ilmuwan al-Asha‘irah. Kajian ini mengandungi lima bab. Bab satu iaitu pendahuluan menjelaskan latarbelakang, skop dan objektif kajian serta metodologi yang digunakan dalam kajian ini. Bab dua mengetengahkan tema-tema al-ilahiyyat dalam al-Kafi. Bab tiga menjelaskan manhaj tema-tema pemikiran al-ilahiyyat dalam al-Kafi. Bab empat memaparkan penilaian al-Asha‘irah terhadap tema-tema dan manhaj pemikiran al-ilahiyyat dalam al-Kafi. Dan bab lima kesimpulan kajian. Secara keseluruhan, kajian ini berkonsepkan …


Development Of Spiritual Intelligence Model For Adolescents In Malaysia / Shamsiah Banu Mohamad Hanefar, Mohamad Hanefar Shamsiah Banu Jan 2015

Development Of Spiritual Intelligence Model For Adolescents In Malaysia / Shamsiah Banu Mohamad Hanefar, Mohamad Hanefar Shamsiah Banu

Student Works (2010-2019)

Education in Malaysia is undergoing a transformation period from knowledge based education to value based (holistic) education which is being clearly objectified in the National Philosophy of Education (NPE), but there is a gap between the current practices in our education industry with the NPE. Many social problems among adolescents are being reported that are alarming and could be the hindrance factor for Malaysia in achieving its Vision 2020. This study is focused on developing a spiritual intelligence model for adolescents (SIMA) in Malaysia with the objectives to identify the need for designing the model, to develop the SIMA from …


Struktur Frasa Bahasa Orang Asli Duano / Nur Hidayah Bt Mohamed Suleiman, Nur Hidayah Mohamed Suleiman Jan 2015

Struktur Frasa Bahasa Orang Asli Duano / Nur Hidayah Bt Mohamed Suleiman, Nur Hidayah Mohamed Suleiman

Student Works (2010-2019)

Kajian ini bertujuan meneliti frasa dalam bahasa Orang Asli suku Duano atau juga dikenali sebagai Orang Kuala. Kerja lapangan ini bertumpu di Kampung Bumiputera Dalam, Rengit, Batu Pahat, Johor. Data untuk kajian ini diperoleh melalui kaedah kajian lapangan huluan. Seterusnya kajian ini menggunakan pendekatan struktural. Frasa-frasa yang terdapat dalam bahasa Orang Asli Duano adalah Frasa Namaan, Kerja, Adjektif dan Adverba. Frasa didefinisikan sebagai satu struktur yang terdiri sekurang-kurangnya dua kata. Seterusnya, tiap-tiap golongan yang telah dikenal pasti itu dianalisis berdasarkan penjenisan kepada frasa selapis dan kompleks. Berdasarkan distribusi dalam frasa, maka frasa selapis dibahagikan kepada frasa endosentrik dan eksosentrik. Frasa …


Muslim Women’S Activism: A Comparative Study Of The Educated Female Perceptions In Malaysia And Pakistan / Aurangzaib Alamgir, Alamgir Aurangzaib Jan 2015

Muslim Women’S Activism: A Comparative Study Of The Educated Female Perceptions In Malaysia And Pakistan / Aurangzaib Alamgir, Alamgir Aurangzaib

Student Works (2010-2019)

The status of Muslim women in society is one of the most contested subjects in the academic scholarship for the last couple of decades. This debate on the position and status of Muslim women can be traced to the 1980s Islamic revivalist movements throughout the Muslim world. These revivalist movements gave rise to political Islam and posed severe challenges to women‟s rights organizations involved in promoting democracy and respect for human rights, particularly Muslim women‟s rights. Since then, Muslim women groups have increased considerably in number and are at the forefront in countering the use of religion by Islamic activists …


Kajian Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Ms 1900: Keperluan Daripada Perspektif Islam Di Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (Jawhar) / Hasliza Mohamad Ali, Mohamad Ali Hasliza Jan 2015

Kajian Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Ms 1900: Keperluan Daripada Perspektif Islam Di Jabatan Wakaf, Zakat Dan Haji (Jawhar) / Hasliza Mohamad Ali, Mohamad Ali Hasliza

Student Works (2010-2019)

Kajian ini bertajuk “Kajian Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS 1900: Keperluan Daripada Perspektif Islam di Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Skop kajian adalah berkaitan tentang pelaksanaan MS 1900:2005 di JAWHAR. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji standard dalam MS 1900:2005 daripada perspektif Islam, mengkaji pelaksanaan MS 1900:2005 di JAWHAR, meneliti faktor-faktor penting bagi menjayakan pelaksanaan MS 1900:2005 mengenalpasti faedah dan menganalisis masalah-masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan MS 1900:2005. Antara permasalahan dalam kajian ini ialah JAWHAR merupakan pelopor kepada organisasi kerajaan yang mendapat pensijilan MS 1900:2005, terdapat segelintir pihak yang melihat organisasi yang berorientasikan Islam sebagai kelas kedua, organisasi Islam …


Peranan Peguam Syarie Dalam Mengendalikan Kes Murtad Dalam Kalangan Mualaf: Suatu Penilaian / Ain Mawaddah Mohd Adanan, Mohd Adanan Ain Mawaddah Jan 2015

Peranan Peguam Syarie Dalam Mengendalikan Kes Murtad Dalam Kalangan Mualaf: Suatu Penilaian / Ain Mawaddah Mohd Adanan, Mohd Adanan Ain Mawaddah

Student Works (2010-2019)

Peguam Syarie adalah individu yang terbabit secara langsung dalam membantu Mahkamah Syariah membuat keputusan yang adil dan saksama terhadap kes murtad dalam kalangan Mualaf. Perwakilan guaman tersebut menyebabkan Mualaf lebih mudah terdorong untuk memfailkan kes di mahkamah kerana mereka dijamin untuk diberi bantuan guaman yang diperlukan sepanjang prosiding mahkamah. Oleh itu, kajian ini mengkaji kedudukan Peguam Syarie yang mengendalikan kes-kes murtad samada bersesuaian dengan prinsip Syariah atau tidak. Kajian ini juga membincangkan justifikasi perwakilan Peguam Syarie dalam kes murtad dalam kalangan Mualaf. Data utama kajian ini diperolehi melalui temubual dengan beberapa Peguam Syarie yang berpengalaman bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai …


Awareness And Acceptance Of Singaporean Muslims Towards Islamic Banking Products And Services / Siti Nur Fazilah Abdul Aziz, Aziz Siti Nur Fazilah Jan 2015

Awareness And Acceptance Of Singaporean Muslims Towards Islamic Banking Products And Services / Siti Nur Fazilah Abdul Aziz, Aziz Siti Nur Fazilah

Student Works (2010-2019)

Terdapat beberapa bank di Singapura yang menawarkan perkhidmatan perbankan Islam. Pelbagai produk perbankan Islam yang melandaskan Syariah ditawarkan dan ia bertambah tahun demi tahun.. Bank-bank yang terlibat berusaha untuk mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan perbankan Islam dengan pelbagai cara terutamanya kepada masyarakat Islam. Singapura mempunyai penduduk beragama Islam yang kecil dengan peratusan sebanyak 14.7. Walau bagaimanapun, sokongan masyarakat Islam di Singapura amatlah diperlukan untuk perkembangan perbankan Islam di Singapura. Oleh itu, fokus kajian ini adalah untuk meninjau kesedaran dan penerimaan masyarakat Islam Singapura terhadap perkhidmatan dan produk-produk perbankan Islam. Dengan itu, disertasi ini juga mengkaji faktor-faktor yang menyumbang kepada pemilihan pengguna …


Pengunderaitan Dalam Produk Takaful Keluarga: Kajian Dari Perspektif Ekonomi Islam / Aisyah Mustafa, Mustafa Aisyah Jan 2015

Pengunderaitan Dalam Produk Takaful Keluarga: Kajian Dari Perspektif Ekonomi Islam / Aisyah Mustafa, Mustafa Aisyah

Student Works (2010-2019)

Dalam operasi insurans, pengunderaitan adalah proses yang amat penting bagi menentukan kadar bayaran premium yang bakal dikenakan kepada individu yang ingin diinsuranskan. Proses ini melibatkan penaksiran dan pemeriksaan terhadap individu bagi menetapkan kadar dan kelas risiko. Syarikat takaful mempunyai amalan yang sama dengan syarikat insurans dalam proses pengunderaitan. Jika amalan pengunderaitan yang diamalkan di syarikat takaful adalah sama seperti syarikat insurans, ini bermakna segala isu yang dihadapi oleh syarikat insurans yang berkaitan dengan proses pengunderaitan berkemungkinan juga berlaku dalam syarikat takaful. Dalam insurans, isu pengunderaitan yang mengambil kira faktor jantina dan latarbelakang keluarga dilihat sebagai tidak adil oleh sarjana insurans. …


Pelaksanaan Kutipan Dan Agihan Zakat Di Badan Amil Zakat Daerah (Bazda) Kerinci Indonesia / Yusuf Abdullah, Abdullah Yusuf Jan 2015

Pelaksanaan Kutipan Dan Agihan Zakat Di Badan Amil Zakat Daerah (Bazda) Kerinci Indonesia / Yusuf Abdullah, Abdullah Yusuf

Student Works (2010-2019)

Masyarakat Islam mempunyaitanggungjawab yang besarterhadap zakat kerana zakat merupakansalahsatudaripadarukun Islam.Kajian ini menghuraikan tentang pelaksanaan kutipan dan agihan zakat di Badan Amil Zakat Daerah (BAZDA) Kerinci. Penyelidikan ini dilakukan dengan tujuan menjelaskan konsep kutipan dan agihan zakat dalam Islam, menganalisis kutipan dan agihan zakat di BAZDA Kerinci, menganalisis pengurusan kutipan zakat di BAZDA Kerinci menurut pandangan pembayar zakat dan pandangan penerima zakat. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah temubual dan soal selidik. Data temubual diperolehi melalui temu bual bersama BAZDA Kerinci, manakala data soal selidik diperolehi melalui pengedaran soal selidik kepada penerima dan pembayar zakat di BAZDA Kerinci. Hasil daripada …


Konsep Kejadian Alam Menurut Al-Raniri (M. 1658m/ 1068h): Analisis Kitab Bad’ Khalq Al-Samawat Wa Al-’Ard Dari Perspektif Pemikiran Islam / Mohd Solahuddin Shahruddin, Mohd Solahuddin Shahruddin Jan 2015

Konsep Kejadian Alam Menurut Al-Raniri (M. 1658m/ 1068h): Analisis Kitab Bad’ Khalq Al-Samawat Wa Al-’Ard Dari Perspektif Pemikiran Islam / Mohd Solahuddin Shahruddin, Mohd Solahuddin Shahruddin

Student Works (2010-2019)

Kajian disertasi ini bertujuan untuk mengkaji isi kandungan kitab jawi lama berjudul Bad’ Khalq al-Samawat wa al-’Ard yang ditulis oleh ulama Melayu Nusantara iaitu Syeikh Nur al-Din bin ‘Ali Janji al-Rani al-Syafi’i. Beliau juga merupakan salah seorang ulama tasawuf yang terkenal di Aceh pada abad ke-17. Lantaran itu kajian terhadap biografi al-Raniri dan penulisan kitab, menganalisis teks konsep kejadian alam menurut pemikiran Islam dan menganalisis corak pemikiran al-Raniri yang terdapat di dalam kitab Bad’ Khalq al-Samawat wa al-’Ard dilakukan. Objektif-objektif tersebut dianalisis dalam satu kajian berbentuk kualitatif menerusi pengumpulan data berasaskan kaedah kajian kepustakaan dan kajian dokumentasi. Kitab ini mempunyai …


Sumbangan 'Abd Al-Majid Al-Zindani Dalam Bidang Al-I'Jaz Al-'Ilmi : Kajian Terhadap Kitab Ta'sil Al-I'Jaz Al-'Ilmi Fi Al-Qur’An Wa Al-Sunnah / Tazlie Sham Ab. Rahman, Ab. Rahman Tazlie Sham Jan 2015

Sumbangan 'Abd Al-Majid Al-Zindani Dalam Bidang Al-I'Jaz Al-'Ilmi : Kajian Terhadap Kitab Ta'sil Al-I'Jaz Al-'Ilmi Fi Al-Qur’An Wa Al-Sunnah / Tazlie Sham Ab. Rahman, Ab. Rahman Tazlie Sham

Student Works (2010-2019)

Shaykh ʻAbd al-Majīd bin ‘Azīz al-Zindanī merupakan salah seorang tokoh dalam kajian al-Iʻjaz al-ʻIlmī (Mukjizat Saintifik). Kajian dilakukan terhadap kitab Ta’ṣīl al-I‘jaz al-‘Ilmī fī al-Qur’an wa al-Sunnah (Ta’ṣīl) untuk mengetahui sumbangan penting al-Zindanī dalam perkembangan kajian al-I‘jaz al-‘Ilmī, metodologi yang digunakan, bentuk huraian terhadap kaedah-kaedah asas al-I‘jaz al-‘Ilmī berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta bentuk analisis terhadap contoh-contoh al-I‘jaz al-‘Ilmī. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengumpulkan maklumat penting tentang biografi al-Zindanī dan sumbangan beliau dalam kajian al-I‘jaz al-‘Ilmī terhadap dunia Islam, mengkaji metodologi penulisan dalam kitab Ta’sīl dan pendalilan terhadap al-I‘jaz al-‘Ilmī, menghuraikan kaedah-kaedah al-I‘jaz al-‘Ilmī dalam kitab Ta’sīl serta …


Wacana Maulid Nabi Di Minangkabau: Kajian Tentang Dinamikanya Berdasarkan Naskhah-Naskhah Karya Ulama Tempatan / Pramono, Abdullah Pramono Jan 2015

Wacana Maulid Nabi Di Minangkabau: Kajian Tentang Dinamikanya Berdasarkan Naskhah-Naskhah Karya Ulama Tempatan / Pramono, Abdullah Pramono

Student Works (2010-2019)

Tesis ini memfokuskan kajiannya terhadap dinamika wacana Maulid Nabi (MN) di Minangkabau melalui teks dan konteks naskhah-naskhah karya para ulama tempatan. Dalam konteks dinamika Islam tempatan, wacana MN merupakan salah satu isu polemik keislaman di Minangkabau yang cukup kontroversial dan memancing beberapa sarjana untuk melakukan penelitian terhadapnya. Akan tetapi, kajian yang menggunakan naskhah-naskhah karya ulama tempatan sebagai sumber utamanya masih sedikit dilakukan. Kajian ini menggunakan pendekatan filologi dan teori Critical Discourse Analysis (CDA) dengan menggabungkan model CDA Norman Fairclough dan Ruth Wodak. Suntingan teks yang dihasilkan dengan pendekatan filologi, dianalisis teks dan konteksnya secara kritis dengan teori CDA. Dalam perspektif …


Pengurusan Derma Awam Dalam Menjana Ekonomi Masjid: Perbandingan Masjid Negara Dan Masjid Al-Ghufran Pinggiran Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur / Amru Alhaz Adnan, Adnan Amru Alhaz Jan 2015

Pengurusan Derma Awam Dalam Menjana Ekonomi Masjid: Perbandingan Masjid Negara Dan Masjid Al-Ghufran Pinggiran Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur / Amru Alhaz Adnan, Adnan Amru Alhaz

Student Works (2010-2019)

Peranan institusi masjid sebagai pemangkin pembangunan ekonomi ummah amat signifikan pada masa kini. Sejarah membuktikan kewangan masjid yang stabil rata-ratanya disumbangkan oleh derma awam melalui derma orang ramai kepada masjid. Ini menunjukkan bahawa sumbangan derma awam bukan sahaja mampu menjamin kelangsungan operasi masjid, malah berupaya melimpahkan nikmat ekonomi kepada ummah. Atas dasar ini derma awam ini perlu diurus tadbir dengan cekap dan berkesan agar dapat dimanfaatkan secara optimum. Justeru kajian ini bertujuan untuk menganalisis aspek pengurusan derma awam dan peranan yang dimainkannya dalam menjana ekonomi Masjid Negara Kuala Lumpur dan Masjid al-Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr Ismail untuk tempoh lima …


Concept Of Chivalry (Futuwwah) According To Abd Al-Razzaq Kashani : Analysis On His Tuhfah Al-Ikhwan Fi Khasais Al-Fityan / Fatemeh Tayefeh Aghakhan Hashtroodi, Fatemeh Tayefeh Aghakhan Hashtroodi Jan 2015

Concept Of Chivalry (Futuwwah) According To Abd Al-Razzaq Kashani : Analysis On His Tuhfah Al-Ikhwan Fi Khasais Al-Fityan / Fatemeh Tayefeh Aghakhan Hashtroodi, Fatemeh Tayefeh Aghakhan Hashtroodi

Student Works (2010-2019)

The purpose of this topic of study is to examine the esoteric meaning of chivalry (futuwwah) by Kāshānī, based on the grounds of the School of Wahdah al-Wujūd, and to describe the theoretical classification of moral specification of chivalry. This study will open up a relatively unexplored aspect of chivalry, that reflects the concept of the mediocre imperfect human being, the lower level of the perfect human as identified by Sufis. The library research, collecting and analyzing data primary and secondary sources, makes it possible to draw a clear image of Kāshānī’s School of thought. Indeed, the combined historical and …


Keberkesanan Pendidikan Syariah Islamiah Terhadap Pergaulan Pelajar : Kajian Di Sekolah Menengah Di Kuala Terengganu / Dasima Binti Sidek, Dasima Sidek Jan 2015

Keberkesanan Pendidikan Syariah Islamiah Terhadap Pergaulan Pelajar : Kajian Di Sekolah Menengah Di Kuala Terengganu / Dasima Binti Sidek, Dasima Sidek

Student Works (2010-2019)

Kajian tentang keberkesanan mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah (PSI) terhadap pergaulan pelajar di sekolah menengah dilakukan berdasar kepada wujudnya permasalahan sosial dan jenayah dalam kalangan pelajar yang begitu meruncing. Adakah permasalahan tersebut disebabkan oleh pembelajaran PSI kurang berkesan atau terdapat faktor lain yang menyebabkan berlakunya pelanggaran batas akhlak pelajar dalam pergaulan mereka. Bertepatan dengan objektif kajian yang disasarkan iaitu perlunya membuat penyelidikan pandangan fuqaha’ tentang pergaulan dalam Islam sebagai sandaran kajian. Proses menilai keberkesanan kurikulum PSI terhadap pergaulan pelajar dan kajian sebab-sebab sebenar pelanggaran batas pergaulan pelajar juga dilakukan untuk memenuhi tuntutan kajian ini. Dalam kajian ini, metode soal selidik …


Wakaf Kesihatan Di Hospital Waqaf An-Nur : Kajian Dari Perspektif Ekonomi Islam / Norizah Binti Mohamed @ Haji Daud, Norizah Mohamed @ Haji Daud Jan 2015

Wakaf Kesihatan Di Hospital Waqaf An-Nur : Kajian Dari Perspektif Ekonomi Islam / Norizah Binti Mohamed @ Haji Daud, Norizah Mohamed @ Haji Daud

Student Works (2010-2019)

Wakaf adalah satu bentuk kebajikan yang unik dalam ajaran Islam kerana ia adalah ibadah yang menggabungkan aspek kerohanian dan kehartaan. Wakaf mempunyai peranan besar dalam membantu pihak kerajaan menyediakan perkhidmatan seperti kesihatan dan pendidikan kepada masyarakat. Ini jelas dapat dilihat ketika zaman kegemilangan Islam pada suatu ketika dahulu contohnya di zaman kerajaan Uthmaniyyah. Kajian ini membincangkan tentang peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh wakaf di Hospital Waqaf An-Nur (HWAN) dalam menyediakan perkhidmatannya kepada masyarakat setempat dari perspektif ekonomi Islam. Kesihatan adalah satu keperluan kepada semua, namun bagi golongan miskin dan berpendapatan rendah kesihatan menjadi suatu perkara yang sangat mahal. Penubuhan …


Penentuan ‘Urf Zakat Emas Perhiasan: Analisis Perbandingan Majlis Agama Islam Selangor Dan Pusat Zakat Melaka / Nor Mohd Faisal Bin Md Ariffin, Md Ariffin Nor Mohd Faisal Jan 2015

Penentuan ‘Urf Zakat Emas Perhiasan: Analisis Perbandingan Majlis Agama Islam Selangor Dan Pusat Zakat Melaka / Nor Mohd Faisal Bin Md Ariffin, Md Ariffin Nor Mohd Faisal

Student Works (2010-2019)

‘Urf adalah sumber tambahan terhadap Masadir al-Tasyrik (Sumber Utama Syarak), dan merupakan metode yang digunakan oleh fuqaha bagi menentukan hukum terhadap perkara-perkara yang tidak dinyatakan oleh nas secara qat‘i atau putus. Ia merangkumi pelbagai aspek khususnya ibadat dan muamalat dalam Islam. Tulisan ini bertujuan mengupas isu zakat yang mempunyai kaitan dengan emas yang menjadi perhiasan wanita. Perbincangan akan berkisar tentang pelbagai aspek yang melibatkan pandangan ulama terhadap hukum asal emas perhiasan dari sudut zakat. Fokus dan penekanan akan diberikan bagi mengkaji kaedah penetapan kadar ‘urf bagi Melaka dan Selangor pada masa kini. Apa yang perlu diberikan perhatian ialah hukum zakat …


Penentuan Kriteria Kifayah Dan Ma'ruf Nafkah Isteri Dan Anak Di Malaysia / Bahiyah Ahmad, Ahmad Bahiyah Jan 2015

Penentuan Kriteria Kifayah Dan Ma'ruf Nafkah Isteri Dan Anak Di Malaysia / Bahiyah Ahmad, Ahmad Bahiyah

Student Works (2010-2019)

Nafkah yang mencukupi dan baik adalah penting bagi keperluan kehidupan isteri dan anak-anak. Ia perlulah menepati kriteria kifÉyah dan ma’rËf seperti yang telah ditetapkan oleh syarak dan dibincangkan oleh fuqaha. Walau bagaimanapun, penentuan kriteria-kriteria tersebut memerlukan penilaian semasa kerana ia dipengaruhi oleh Ñurf dan sosioekonomi masyarakat di sesuatu tempat. Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 telah memperuntukkan suatu akta bahawa nafkah isteri dan anak perlu ditaksirkan mengikut kemampuan dan keperluan pihak-pihak tertentu. Walau bagaimanapun, peruntukan ini terlalu umum dan tiada penerangan yang jelas mengenai maksud kemampuan dan keperluan pihak-pihak tersebut. Hal …


The Philosophy Argument In Proving Validity Of Al-Qur’An: Thematic Analysis On The Thought Of Said Al-Nursi / Amad Kadhim M. Salih, M. Salih Amad Kadhim Jan 2015

The Philosophy Argument In Proving Validity Of Al-Qur’An: Thematic Analysis On The Thought Of Said Al-Nursi / Amad Kadhim M. Salih, M. Salih Amad Kadhim

Student Works (2010-2019)

This study resulted in the ideological and philosophical methodology submissions to disclose the truth of the Quran and prove the superiority of the philosophical, theoretical material and his school of thoughts. This study was conducted on selected topics from the book "Rasaili al-Nur" from the aspect of strengthening the foundations of faith and the attack on the Muslim mindset. This study began with the introduction of the history of al-Nursi Bediuzzaman life and thoughts as well as his scientific publications. In addition, this chapter also reveal the new approach in a more philosophical arguments to support and glorify the truth …


Aplikasi Manhaj Tarjih Hadith Ahkam Oleh Muhammadiyah Indonesia / Mujiburrahman Abdullah, Abdullah Mujiburrahman Jan 2015

Aplikasi Manhaj Tarjih Hadith Ahkam Oleh Muhammadiyah Indonesia / Mujiburrahman Abdullah, Abdullah Mujiburrahman

Student Works (2010-2019)

Muhammadiyah is the largest religious social organization largest in Indonesia which was founded by KH. Ahmad Dahlan in 1912. Through qualitative analysis founded approximately 18 (eighteen) regulation which had been implemented by Muhammadiyah in putting a decision, it covers the debate in istidlal, independent thinking, faith, and application of hadith. At the end of Manhaj Tarjih regulations the Council found a specific explanation method istidlal to a hadith, although it is quite simple. The analysis of Manhaj Tarjih regulations will be evaluated according to the standard of tarjih which was founded by the scholars, such; tarjih from the point of …


Penyelesaian Kes Kemalangan Jalan Raya Menurut Undang-Undang Malaysia Dan Perundangan Islam: Kajian Perbandingan / Shahidra Abdul Khalil, Abdul Khalil Shahidra Jan 2015

Penyelesaian Kes Kemalangan Jalan Raya Menurut Undang-Undang Malaysia Dan Perundangan Islam: Kajian Perbandingan / Shahidra Abdul Khalil, Abdul Khalil Shahidra

Student Works (2010-2019)

The majority of negligence cases being adjudicated in the Malaysian courts are cases involving road accidents. The settlement process is being criticized by some analysts due to the fact that the litigation process is time consuming. Compensation payouts by insurance companies do not cover all kinds of victims. As a consequence, a proposal to amend the law has been suggested by some researchers including a renewal based on the no-fault liability scheme as practised by other countries. An amendment to the Civil Law Act 1956 has been done in order to improve some aspects in solving of cases. However, it …


Pemikiran Ahmad Mustafa Al-Maraghi Dalam Tafsir Al-Maraghi Dan Pengaruhnya Terhadap Pengajian Tafsir Di Malaysia / Amiratul Munirah Yahaya, Yahaya Amiratul Munirah Jan 2015

Pemikiran Ahmad Mustafa Al-Maraghi Dalam Tafsir Al-Maraghi Dan Pengaruhnya Terhadap Pengajian Tafsir Di Malaysia / Amiratul Munirah Yahaya, Yahaya Amiratul Munirah

Student Works (2010-2019)

This research examines the thoughts of Ahmad Mustafa al-Maraghi (1883-1952) in Tafsir al-Maraghi and his influence towards Quranic exegesis in Malaysia. The book of Tafsir al-Maraghi, with modern approach of Quranic exegesis, encompasses of Abduh’s thoughts using al-Adabi wa al-Ijtima'i method which links the interpretation of the meanings of Quranic verses with the social-cultural issues in the society. Through al-Maraghi’s writing, the ‘Kaum Muda’ of the mid-20th century widespread the reformist thoughts of al-Maraghi who teachers were Shaykh Muhammad 'Abduh and Sayyid Muhammad Rashid Rida. The research objectives are to present the biography of al-Maraghi, introduce his book Tafsir al-Maraghi, …


Teaching Arabic Language To Non Native Speakers Using A New Method Of Quranic Translation On Surah Yassin: An Applied Study On Students Of Islamic Secondary Schools Iqkl / Mutasem Fuad Am Ali, Am Ali Mutasem Fuad Jan 2015

Teaching Arabic Language To Non Native Speakers Using A New Method Of Quranic Translation On Surah Yassin: An Applied Study On Students Of Islamic Secondary Schools Iqkl / Mutasem Fuad Am Ali, Am Ali Mutasem Fuad

Student Works (2010-2019)

This study is entitled “teaching Arabic language to non-native speakers using new method of Quranic translation on Surah Yasin: An applied study on students of Islamic Secondary School IQKL”, the general theme of this study is to establish new method in teaching Arabic language to non-native speakers in Malaysia using Quranic translation. Muslims in Malaysia have been using Quran, and they are familiar with this language of Quran, beside these, the Prayers and Solat which they perform must be done in Arabic language and using the Quran. Malay language had Also borrowed many words from Arabic language which will ease …


Divine Attributes In Al-Kashshaf By Al-Zamakshari (538h) And Mafatih Al-Ghayb By Al-Razi (606h): Explanation And Criticism / Kharsan Mohamed Abdullah, Abdullah Kharsan Mohamed Jan 2015

Divine Attributes In Al-Kashshaf By Al-Zamakshari (538h) And Mafatih Al-Ghayb By Al-Razi (606h): Explanation And Criticism / Kharsan Mohamed Abdullah, Abdullah Kharsan Mohamed

Student Works (2010-2019)

This study is based on the issue of divine attributes between two scholars of speech, Al Zamakshari and Fakhr Al Razi through the the interpretation entitled: (Divine Attributes In Al-Kashaf By Al-Zamakshari (538h) And Mafatih Al-Ghayb By Al-Razi (606h),(Explanation And Criticism), I have selected these two books Al Kashaf and Mafatih Al Ghayb because Al Zamakshari is considered to be one of the important source of the Mu'tazila and those who followed the same way from the Khawarij and Shiites and those who agree with interpretation of some divine attributes. On the other hand, Al Razi is considered to be …