Open Access. Powered by Scholars. Published by Universities.®
- Discipline
-
- Arts and Humanities (207)
- Religion (203)
- Islamic Studies (195)
- Social and Behavioral Sciences (92)
- Law (59)
-
- Education (49)
- Sociology (38)
- Religious Thought, Theology and Philosophy of Religion (31)
- Business (26)
- Sociology of Religion (25)
- Arabic Language and Literature (23)
- Curriculum and Instruction (20)
- History (20)
- Finance and Financial Management (18)
- Linguistics (15)
- Philosophy (14)
- Comparative Methodologies and Theories (13)
- Political Science (13)
- Religion Law (13)
- Jurisprudence (12)
- Economics (10)
- Educational Methods (9)
- Family Law (9)
- Public Affairs, Public Policy and Public Administration (9)
- Religious Education (9)
- Banking and Finance Law (8)
- Comparative and Foreign Law (8)
- Language and Literacy Education (8)
- Secondary Education (8)
- International and Area Studies (7)
- Keyword
-
- Malaysia (44)
- Bulletin (36)
- Islam (33)
- Islamic civilization (27)
- Islamic history (25)
-
- Al-Tamaddun (24)
- Centre for Civilisational Dialogue (23)
- Hadith (19)
- Interpretation (19)
- Indonesia (13)
- Islamic law (13)
- Quran (13)
- Etc. (12)
- Islamic (10)
- University of Malaya (10)
- Da'wah (Islam) (9)
- Fiqh (8)
- Kekal Abadi (8)
- Librarian (8)
- Library bulletin (8)
- Milestone@UM (8)
- Newsletter (8)
- ADeC (7)
- Academic Enhancement and Leadership Development Centre (7)
- Al-Qur'an--Criticism (7)
- Al-Quran (7)
- Education (7)
- Etc (7)
- Hadith--Criticism (7)
- Dakwah (6)
- Publication Year
- Publication
- Publication Type
- File Type
Articles 121 - 150 of 862
Full-Text Articles in Entire DC Network
Milestone@Um, Volume 6, Number 2, 2018, Institute Of Research Management & Monitoring University Of Malaya
Milestone@Um, Volume 6, Number 2, 2018, Institute Of Research Management & Monitoring University Of Malaya
Archival Material (2010s)
No abstract provided.
Buletin Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya, Volume 36, 2018, Centre For Civilisational Dialogue University Of Malaya
Buletin Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya, Volume 36, 2018, Centre For Civilisational Dialogue University Of Malaya
Archival Material (2010s)
No abstract provided.
Aplikasi Umum Al-Balwa Dalam Menangani Pencemaran Silang Produk Makanan, M.A.A. Razak, M.A. Ramli
Aplikasi Umum Al-Balwa Dalam Menangani Pencemaran Silang Produk Makanan, M.A.A. Razak, M.A. Ramli
Research Publications (2016 to 2020)
No abstract provided.
Isu-Isu Sensitif Dalam Masyarakat Majmuk Di Malaysia Pasca Pilihanraya Umum (Pru14): Aplikasi Pendekatan Kesederhanaan, Mohd Anuar Ramli, Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Muhd Imran Abd Razak, Mohamad Naqib Hamdan, Syamsul Azizul Marinsah
Isu-Isu Sensitif Dalam Masyarakat Majmuk Di Malaysia Pasca Pilihanraya Umum (Pru14): Aplikasi Pendekatan Kesederhanaan, Mohd Anuar Ramli, Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Muhd Imran Abd Razak, Mohamad Naqib Hamdan, Syamsul Azizul Marinsah
Research Publications (2016 to 2020)
Indikator hubungan sosial dalam masyarakat Malaysia sentiasa menunjukkan dalam keadaan pasang surut. Lebih-lebih lagi di era teknologi komunikasi dan maklumat kini. Saban hari timbul pelbagai isu yang melibatkan unsur-unsur provokasi, prejudis dan persepsi yang didorong oleh pelbagai faktor sama ada dalaman atau luaran. Terutamanya, dalam peralihan kuasa pasca PRU14, isu-isu sensitif yang timbul dalam masyarakat Malaysia merentasi kepercayaan dan pegangan agama, dan juga etnik perkauman. Berbanding sebelumnya, isu yang timbul lebih bersifat keagamaan dan perkauman. Sebaliknya pada masa kini, isu yang tercetus lebih cenderung kepada blok politik yang utama yang tidak lagi berdasarkan parti politik perkauman, khusus kaum Melayu, Cina …
Taghyir Khalqillah Dan Transplan Anggota Badan Atau Organ: Analisis Terhadap Resolusi Dan Fatwa Badan Fatwa Terpilih, M.N. Hamdan, M.A. Ramli
Taghyir Khalqillah Dan Transplan Anggota Badan Atau Organ: Analisis Terhadap Resolusi Dan Fatwa Badan Fatwa Terpilih, M.N. Hamdan, M.A. Ramli
Research Publications (2016 to 2020)
Para saintis sentiasa cuba meningkatkan perkhidmatan rawatan mereka kepada para pesakit melalui pelbagai cara. Antara rawatan terpenting yang pernah ditawarkan dalam sejarah perubatan adalah rawatan transplan anggota badan dan organ manusia yang mampu menyelamatkan nyawa pesakit. Pelbagai organ yang boleh dilakukan proses transplantasi bermula dari anggota badan yang ringkas seperti gigi, tulang dan kulit sehinggalah ke organ yang kompleks seperti mata, buah pinggang, jantung dan rahim. Malah, pada awal tahun 2018, seorang professor Itali bernama Canavero cuba melakukan transplan kepala di China (https://www.sde.co.ke/article/2001266397/world-s-first-human-head-transplant-successfully-carried-out). Transplan kepala ini boleh dianggap sebagai proses transplan paling rumit kerana melibatkan organ yang paling banyak sel …
“Terrorisme Tiada Agama”: Mencari Titik Perdamaian Antara Umat Beragama, Mohd Anuar Ramli, Muhd Imran Abd Razak, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Muhammad Yusri Yusof @ Salleh, Paiz Hassan, Ahmad Bakhtiar Jelani, Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli
“Terrorisme Tiada Agama”: Mencari Titik Perdamaian Antara Umat Beragama, Mohd Anuar Ramli, Muhd Imran Abd Razak, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Muhammad Yusri Yusof @ Salleh, Paiz Hassan, Ahmad Bakhtiar Jelani, Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli
Research Publications (2016 to 2020)
Maraknya aktiviti terrorisme kini seringkali dikaitkan dengan motif keagamaan. Seringkali agama dipersalahkan dan menjadi kambing hitam dalam tiap tindakan terrorisme, umpamanya pengeboman diri, tembakan rambang dan sebagainya. Kesannya akan memicu konflik dan salah faham antara umat beragama. Fenomena ini jika tidak ditangani segera akan mewujudkan ketidakharmonian khususnya dalam hubungan antara agama. Sedangkan secara asasnya, tiada agama yang membenarkan aktiviti keganasan. Malah dalam Islam, terdapat peraturan yang ketat sama ada dalam konteks damai mahupun peperangan. Contohnya, dalam kondisi peperangan, golongan tua, perempuan dan kanak-kanak serta rumah ibadat dilindungi di samping tidak boleh dimusnahkan. Ironinya, dalam tindakan keganasan, sasaran yang dilakukan tanpa …
Retorik Pembujukan Dakwah Dalam Lagu Nasyid: Kajian Terhadap Lagu Opick Dan Hafiz Hamidun / Nur Sakinah Sabari, Sabari Nur Sakinah
Retorik Pembujukan Dakwah Dalam Lagu Nasyid: Kajian Terhadap Lagu Opick Dan Hafiz Hamidun / Nur Sakinah Sabari, Sabari Nur Sakinah
Student Works (2010-2019)
Implementation of daawah today needs a creative approach. One of the approach that can be used is metode through songs. Entertainment is a fitrah that loved by people. Islam does not ban entertainment but allow it with guidelines. As long as it suit with fitrah and comply with islamic law. Therefore, one of the entertainment form that get the most attention from audiences is songs. This study is about the concept of persuasion rhetoric in Islamic song selected. Other than that, the study focus at the analysis persuasion rhetoric through Islamic song selected. The study used method of content analysis …
Aplikasi Kaedah ‘Umum Al-Balwa Dalam Isu Pencemaran Produk Makanan / Muhamad Afiq Abd Razak, Abd Razak Muhamad Afiq
Aplikasi Kaedah ‘Umum Al-Balwa Dalam Isu Pencemaran Produk Makanan / Muhamad Afiq Abd Razak, Abd Razak Muhamad Afiq
Student Works (2010-2019)
Pencemaran merupakan isu yang serius dalam penghasilan produk makanan. Dari aspek keselamatan makanan pencemaran yang berlaku boleh datang dalam bentuk agen biologi, kimia dan fizikal. Ketiga-tiga jenis kebahayaan ini adalah perlu dikawal supaya tidak memasuki ke dalam produk makanan kerana boleh mendatangkan mudarat kepada pengguna seperti boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan dan kematian. Selanjutnya, pencemaran juga boleh berlaku dari aspek halal. Walau bagaimanapun, terdapat pertimbangan fiqh yang boleh diaplikasikan malah boleh menjadi penentuan alternatif kepada halal-haram produk makanan apabila berlakunya pencemaran yang menyukarkan. Terdapat jenis pencemaran yang berlaku di luar kawalan dan bersifat sukar untuk dielakkan adalah seperti DNA khinzir …
Pelaksanaan Kutipan Zakat Pelanggan Dalam Akaun Simpanan Mudharabah Di Bank Muamalat Indonesia (Bmi) / Mirzan Marwazy, Marwazy Mirzan
Pelaksanaan Kutipan Zakat Pelanggan Dalam Akaun Simpanan Mudharabah Di Bank Muamalat Indonesia (Bmi) / Mirzan Marwazy, Marwazy Mirzan
Student Works (2010-2019)
Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang diwajibkan ke atas harta setiap Muslim. Harta yang wajib dizakatkan adalah harta yang berpotensi untuk berkembang. Berkembang di sini membawa maksud sifat harta tersebut memberikan keuntungan kepada pemiliknya. Muḍārabah merupakan salah satu akad dalam Syariat Islam yang bermatlamatkan pembahagian keuntungan. Jadi, harta muḍārabah adalah harta yang tertakluk kepada zakat. Berdasarkan hal ini, Bank Muamalat Indonesia (BMI) telah menawarkan satu keistimewaan kepada pelanggan akaun simpanan muḍārabah berbentuk pembayaran zakat secara automatik bagi pelanggan yang membenarkannya. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji keabsahan atau ketepatan mekanisme yang dijalankan oleh pihak BMI dalam pembayaran zakat pelanggan ke …
Pendekatan Maqam Al-Shukr Dan Al-Rida Dalam Intervensi Borderline Personality Disorder Menurut Perspektif Psikospiritual Islam / Muhamad Zariff Ilias, Ilias Muhamad Zariff
Pendekatan Maqam Al-Shukr Dan Al-Rida Dalam Intervensi Borderline Personality Disorder Menurut Perspektif Psikospiritual Islam / Muhamad Zariff Ilias, Ilias Muhamad Zariff
Student Works (2010-2019)
Borderline Personality Disorder (BPD) termasuk dalam kategori gangguan personaliti (Personality Disorder) yang dikeluarkan oleh Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder 5th Edition (DSM-IV). BPD adalah suatu bentuk gangguan ketidakstabilan hubungan sosial, emosi yang tidak teratur, mengalami gangguan identiti yang serius, dan melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Kajian menunjukkan terdapat empat faktor utama melibatkan individu yang mengalami BPD iaitu interpersonal yang terlalu sensitif, kecelaruan emosi, tingkahlaku yang tidak terkawal dan kekacauan diri sendiri. Gangguan seperti ini memerlukan pemerhatian yang khusus kerana ia boleh mengakibatkan individu tersebut cenderung untuk membunuh diri. Oleh itu, kajian bertajuk: Pendekatan Maqam Shukr dan Rida …
Operasi Perniagaan Kopi Gayo Di Koperasi Baitul Qiradh Baburrayyan (Kbqb): Kajian Menurut Perspektif Ekonomi Islam / Jasman Ismail, Ismail Jasman
Operasi Perniagaan Kopi Gayo Di Koperasi Baitul Qiradh Baburrayyan (Kbqb): Kajian Menurut Perspektif Ekonomi Islam / Jasman Ismail, Ismail Jasman
Student Works (2010-2019)
Kopi merupakan minuman antarabangsa dan digemari oleh bangsa-bangsa di seluruh dunia yang sudah menjadi bahagian dari kehidupan manusia setiap hari. Dari aspek perniagaan terkini, kopi merupakan salah satu bahan perniagaan penting dunia dan melibatkan jaringan perniagaan antarabangsa dari negara-negara membangun ke negara-negara maju. Indonesia merupakan negara pengeluar kopi terbesar keempat di dunia setelah Brazil, Vietnam dan Colombia. Kopi keluaran Indonesia yang digunakan sebagai perniagaan domestik dan antarabangsa ialah kopi jenis Arabika dan kopi Robusta. Aceh merupakan satu-satunya wilayah yang mempunyai perladangan kopi Arabika terluas yang ada di Indonesia. Kawasan pengeluar kopi Arabika Aceh terdapat di Dataran Tinggi Gayo yang dinamakan …
Kaedah Hafazan Al-Quran Dan Keberkesanannya Dalam Kalangan Pelajar Perempuan: Kajian Di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan / Apipah Ramli, Ramli Apipah
Student Works (2010-2019)
Salah satu bentuk pemeliharaan al-Quran sebagaimana yang diamalkan oleh para sahabat Rasulullah SAW bagi memastikan ia terus mutawatir dari satu generasi ke generasi yang lain ialah dengan cara menghafaz al-Quran. Proses menghafaz al-Quran ini memerlukan komitmen yang cukup tinggi dan pengorbanan yang besar terutamanya bagi pelajar perempuan. Pelbagai kaedah hafazan al-Quran telah digunakan untuk memastikan hafazan al-Quran adalah berkualiti dan sentiasa kukuh dalam ingatan. Justeru itu, pengkaji mengadakan satu kajian bertajuk “Kaedah Hafazan al-Quran Dan Keberkesanannya Dalam Kalangan Pelajar Perempuan: Kajian Di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah, Kelantan”. Kajian ini melibatkan enam puluh orang responden pelajar tingkatan dua, tiga, empat …
Pengurusan Sekolah Agama Di Malaysia: Perbandingan Antara Yayasan Islam Kelantan (Yik) Dan Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (Bpi Jais) / Masitah Ramli, Ramli Masitah
Student Works (2010-2019)
Sekolah agama merupakan institusi Pendidikan Islam yang kini semakin diperakui oleh masyarakat sebagai salah satu institusi Pendidikan Islam yang mampu melahirkan modal insan yang berjaya. Kini, sekolah-sekolah agama semakin berkembang pesat di seluruh negeri. Perkembangan tersebut dapat dibuktikan melalui pembentukan pelbagai aliran serta peringkat pengajian. Perbezaan pihak pengelola menyebabkan berlakunya ketidakseragaman dalam pengurusan sekolah-sekolah agama negeri. Oleh itu, kajian ini akan meninjau latar belakang perkembangan sekolah-sekolah agama negeri di Kelantan dan di Selangor, bagaimanakah bentuk pengurusan sekolah-sekolah agama di sana, adakah wujud persamaan mahupun perbezaan dalam pengurusan di kedua-dua negeri tersebut. Metodologi yang digunakan dalam membantu pengkaji mendapatkan maklumat adalah …
Pembiayaan Nafkah Ibu Bapa Oleh Wanita Berkerjaya Dari Perspektif Islam / Najwa Fudil, Fudil Najwa
Pembiayaan Nafkah Ibu Bapa Oleh Wanita Berkerjaya Dari Perspektif Islam / Najwa Fudil, Fudil Najwa
Student Works (2010-2019)
Menjadi trend masa kini, tanggungjawab menjaga dan membiayai nafkah ibu bapa sering digalas oleh anak perempuan, khususnya anak perempuan yang berkerjaya. Oleh itu, kajian ini dibuat bagi mengenal pasti tanggungjawab wanita di dalam keluarga serta menganalisis hukum wanita menyara ibu bapa. Wanita dalam masyarakat Melayu tradisional bertanggungjawab dalam lingkungan keluarga dan rumah tangga sahaja. Wanita masa kini turut mempunyai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, negara, serta agama, akan tetapi tanggungjawab sebagai seorang anak tetap tidak boleh diabaikan dan perlu menyempurnakan hak-hak ibu bapa. Selain itu, kajian lapangan telah dijalankan bagi melihat realiti tanggungjawab yang digalas oleh anak perempuan. Kajian ini menganalisis …
Hadith Al-Mizah Dalam Al-Kutub Al-Sittah: Kajian Aplikasi Al-Mizah Dalam Penyampaian Dakwah Di Malaysia / Siti Nur Khusna Mohamed, Mohamed Siti Nur Khusna
Hadith Al-Mizah Dalam Al-Kutub Al-Sittah: Kajian Aplikasi Al-Mizah Dalam Penyampaian Dakwah Di Malaysia / Siti Nur Khusna Mohamed, Mohamed Siti Nur Khusna
Student Works (2010-2019)
Pendekatan dalam melakukan aktiviti dakwah sentiasa mengalami perubahan daripada pelbagai sudut dan metode untuk menarik perhatian orang yang diseru (mad`u). Pendekatan dakwah melalui al-Mizāḥ yang bermaksud jenaka atau gurauan merupakan salah satu metode yang lahir hasil dari idea dan kreativiti pendakwah (da‘i) dalam menyampaikan seruan dakwah. Namun, penggunaan al-Mizāḥ dalam penyampaian dakwah Islam mendatangkan pelbagai spekulasi tentang aplikasinya sehingga dikaitkan dengan al-Mizāḥ Rasulullah SAW. Melalui analisis induktif dan deduktif, kajian ini bertujuan untuk menganalisis hadith-hadith yang berkaitan dengan al-Mizāḥ dalam al-Kutub al-Sittah dan mengeluarkan pemahamannya dari sudut fiqh al-Hadith. Kemudian, pemahaman tersebut dibandingkan dengan aplikasinya dalam penyampaian dakwah Islam di …
Perspektif Ilmu Kolonial Tentang Hukum Islam Dan Masyarakat Di Tanah Melayu: Analisis Terhadap Karya-Karya Terpilih / Halim @ Ab. Halim Ismail, Ismail Halim @ Ab. Halim
Perspektif Ilmu Kolonial Tentang Hukum Islam Dan Masyarakat Di Tanah Melayu: Analisis Terhadap Karya-Karya Terpilih / Halim @ Ab. Halim Ismail, Ismail Halim @ Ab. Halim
Student Works (2010-2019)
Kedatangan kolonial British ke Tanah Melayu telah menyumbang kepada pembinaan korpus keilmuan tentang agama dan budaya masyarakat timur. Ia boleh dinamakan sebagai ilmu kolonial. Namun begitu, pendekatan yang digunapakai oleh sarjana kolonial berasaskan paradigma euro-centric telah menghasilkan perspektif berbeza terhadap kebudayaan dan pola keagamaan masyarakat Melayu Islam di Tanah Melayu. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpati secara khusus perspektif ilmu kolonial terhadap budaya dan hukum Islam yang diamalkan dalam masyarakat Melayu melalui karya-karya sarjana kolonial secara terpilih. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan perpustakaan sepenuhnya dengan merujuk karya sarjana kolonial di Tanah Melayu, misalnya karya Raffles, …
Konsep Al-Ittijah Al-Hida’I Dalam Pemahaman Al-Quran: Kajian Terhadap Pemikiran Taha Jabir Al ‘Alwani Dalam Kitab Ma‘Alim Fi Al-Manhaj Al-Qur’Ani / Ahmad Fathi Adam, Adam Ahmad Fathi
Student Works (2010-2019)
Disertasi ini membincangkan tentang konsep al-Ittijāh al-Hidā’ī yang bertunjangkan tujuan asasi penurunan al-Quran kepada manusia sebagai kitab hidayah dalam memahami al-Quran. Konsep ini ditinjau pula dari perspektif pemikiran Ṭaha Jābir al-‘Alwānī melalui karyanya Ma‘ālim fī al-Manhaj al-Qur’ānī. Justeru, kajian ini mengemukakan kerangka konsep al-Ittijāh al-Hidā’ī di samping menganalisis signifikan pemikiran Ṭaha Jābir terhadap perbincangan al-Ittijāh al-Hidā’ī. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode dokumentasi dalam proses pengumpulan data dan metode analisis yang terdiri daripada metode historis, induktif, deduktif serta komparatif untuk penelitian data. Sumber data terdiri daripada penerbitan berkaitan ilmu al-Quran dan tafsir, pemikiran Islam dan Barat, serta biografi …
Pendekatan Dakwah Bi Al-Hikmah Dalam Majalah The Muslim Reader: Satu Analisis Kandungan / Zahidah Osman, Osman Zahidah
Pendekatan Dakwah Bi Al-Hikmah Dalam Majalah The Muslim Reader: Satu Analisis Kandungan / Zahidah Osman, Osman Zahidah
Student Works (2010-2019)
Kajian ini membincangkan pendekatan dakwah bi al-Hikmah dalam majalah The Muslim Reader. Ia bertujuan untuk mengenal pasti pendekatan dakwah bi al-hikmah dalam penulisan majalah agama, di samping mengetahui sejarah perkembangan majalah agama di Singapura dan menganalisis mesej dakwah dan pendekatan dakwah secara hikmah yang terdapat dalam majalah The Muslim Readers. Kajian ini menggunapakai metode kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Metode induktif, deduktif dan komparatif juga digunakan ketika analisis dilakukan untuk mengetahui bentuk-bentuk mesej dakwah dan mengenal pasti bentuk pembujukan al-hikmah yang terdapat dalam majalah The Muslim Reader. Hasil kajian mendapati mesej dakwah dalam majalah The Muslim Reader terbahagi kepada empat …
Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Takaful Simpanan Haji: Kajian Di Etiqa Takaful Berhad / Mohd Noor Adzwan Adam, Adam Mohd Noor Adzwan
Isu-Isu Dalam Pelaksanaan Takaful Simpanan Haji: Kajian Di Etiqa Takaful Berhad / Mohd Noor Adzwan Adam, Adam Mohd Noor Adzwan
Student Works (2010-2019)
Kepelbagaian dalam permintaan terhadap produk Takaful keluarga telah mencetuskan kepelbagaian bentuk dan variasi produk Takaful keluarga seperti simpanan, persaraan, pelaburan dan pendidikan. Takaful simpanan Haji telah menghasilkan prestasi yang memberansangkan semenjak ia dibangunkan pada tahun 2013. Kajian disertasi ini berusaha untuk mengkaji isu-isu perlaksanaan dalam Takaful simpanan Haji. Penulis telah memilih produk Takaful Mabrur dari Etiqa Takaful Berhad sebagai produk kajian. Penulis telah menemubual dua puluh (20) orang responden bagi membincangkan isu-isu tersebut. Dua puluh orang responden tersebut adalah merupakan dari kumpulan mutawwif dan penceramah bertauliah, kumpulan akademik dan kumpulan industri kewangan Islam. Hasilnya, sebanyak enam (6) isu telah diperolehi …
Pelaksanaan Tadbir Urus Islam Di Baitul Mal Aceh / Sufrizal, Sufrizal Sufrizal
Pelaksanaan Tadbir Urus Islam Di Baitul Mal Aceh / Sufrizal, Sufrizal Sufrizal
Student Works (2010-2019)
Tadbir urus Islam mempunyai peranan yang sangat penting terhadap kejayaan manamana institusi. Kejayaan sebuah institusi dicapai apabila pelaksanaan tadbir urus dalam institusi tersebut dilaksanakan dengan baik. Justeru itu, disertasi ini membincangkan tentang tadbir urus Islam di institusi zakat. Kajian ini memfokuskan kepada pelaksanaan tadbir urus Islam di Baitul Mal Aceh. Objektif kajiannya meliputi pelaksanaan dan cabaran tadbir urus Islam di Baitul Mal Aceh. Bagi mencapai objektif kajian tersebut, penyelidik menggunakan metodologi penyelidikan kualitatif dengan kaedah pengumpulan data sama ada data primer mahupun data sekunder. Data primer kajian ini iaitu kajian lapangan dan untuk mendapatkan maklumat, penyelidik menggunakan kaedah temubual dengan …
Isu-Isu Wanita Dalam Fiqh Jihad Kumpulan Ekstremisme Agama: Kajian Terhadap Majalah Dabiq Dan Kaitannya Di Malaysia / Muhd Imran Abd Razak, Abd Razak Muhd Imran
Isu-Isu Wanita Dalam Fiqh Jihad Kumpulan Ekstremisme Agama: Kajian Terhadap Majalah Dabiq Dan Kaitannya Di Malaysia / Muhd Imran Abd Razak, Abd Razak Muhd Imran
Student Works (2010-2019)
Gejala penglibatan wanita dalam aktiviti ekstremisme semakin membimbangkan. Penyertaan mereka bukan sahaja bersama kumpulan pejuang di kawasan konflik, malah juga luar kawasan konflik. Begitu juga dengan peranan mereka yang semakin berani kerana tidak lagi terhad sebagai pejuang di belakang tabir, bahkan turut bersama di barisan hadapan, umpamanya sebagai pengebom berani mati dalam serangan ‘serigala tunggal’. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah peningkatan tahanan wanita yang terlibat dengan ekstremisme dari tahun 2013-2018, dengan jumlah kumulatif seramai 43 orang. Sehubungan itu, kajian ini menfokuskan terhadap isu-isu fiqh jihad bagi golongan wanita dalam majalah Dabiq, keluaran kumpulan Islamic State (IS) dan kaitannya …
Perancangan Program Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Untuk Memenuhi Sasaran 30 Peratus Wanita Dalam Pengurusan Tertinggi Negara: Analisis Dari Perspektif Siasah Syar‘Iyyah / Nur Tasnim Ismail, Ismail Nur Tasnim
Student Works (2010-2019)
Kerajaan mengambil inisiatif mewujudkan Dasar Sekurang-kurangnya 30 Peratus Penglibatan Wanita di Peringkat Pembuat Keputusan dalam sektor awam pada tahun 2004 dan sektor swasta pada tahun 2011 bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam pengurusan tertinggi negara. Komitmen Kerajaan yang tinggi dalam memartabatkan wanita dapat dilihat melalui ratifikasi Kerajaan bersama Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) bagi menghapuskan diskriminasi wanita dalam bidang politik mahupun kemasyarakatan dengan memastikan hak wanita tercapai melalui pengamalan prinsip kesaksamaan gender. Dengan itu, kajian ini cuba untuk memahami pandangan Siasah Syar‘iyyah terhadap penyertaan wanita di peringkat pengurusan tertinggi negara. Di samping itu, kajian …
Perspektif Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Wanita Islam Terhadap Hasrat Pelaksanaan Hukuman Hudud Di Malaysia / Nursolehah Mat Razali, Mat Razali Nursolehah
Perspektif Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Wanita Islam Terhadap Hasrat Pelaksanaan Hukuman Hudud Di Malaysia / Nursolehah Mat Razali, Mat Razali Nursolehah
Student Works (2010-2019)
Hudud sering diperdebatkan oleh golongan liberal yang mengatakan bahawa hudud tidak dapat mengadili hak-hak wanita dengan baik dan telah berlakunya unsur mendiskriminasikan terhadap kaum wanita. Cadangan pelaksanaan hudud di Malaysia menerusi Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) Negeri Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Hudud & Qisas (2002) Negeri Terengganu telah menimbulkan pelbagai persepsi samaada dalam kalangan ahli akademik mahupun bukan akademik. Secara khususnya, kajian ini meneliti tentang pandangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) wanita Islam di Malaysia sebanyak tujuh badan NGO yang menjadi informan dalam kajian ini untuk meneliti sejauhmana pandangan mereka terhadap Enakmen kesalahan Jenayah hudud yang telah dienakmenkan di …
Pandangan Mohammad Hashim Kamali Terhadap Hudud Dalam Buku Punishment In Islamic Law / Nor Asimah Mat Noh, Mat Noh Nor Asimah
Pandangan Mohammad Hashim Kamali Terhadap Hudud Dalam Buku Punishment In Islamic Law / Nor Asimah Mat Noh, Mat Noh Nor Asimah
Student Works (2010-2019)
Kajian ini menyentuh isu hudud di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan (EKJS (II) 1993 Negeri Kelantan). Pada tahun 1993, enakmen ini diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Kelantan dengan sebulat suara oleh ahlinya namun enakmen ini tidak dapat dilaksanakan atas beberapa sebab antaranya percanggahan dengan Perlembagaan Negara. Ada kalangan yang menyokong pelaksanaannya dan tidak kurang juga yang membantah dengan memberikan pelbagai alasan seperti hukuman hudud akan membawa kepada ketidakadilan kepada masyarakat dan akan menyebabkan masyarakat Islam akan menjadi mundur serta ekonomi negara turut akan terjejas. Para sarjana turut membuat ulasan mengenai pelaksanaan enakmen ini di …
Apostasy From A Qur’Anic And Hadith Perspective: A Study Among Converted Iranian In Malaysia / Gholamreza Nuei, Nuei Gholamreza
Apostasy From A Qur’Anic And Hadith Perspective: A Study Among Converted Iranian In Malaysia / Gholamreza Nuei, Nuei Gholamreza
Student Works (2010-2019)
Implementation of Islamic Law (Shariʿa) has always been of interest to the Islamic countries. Apostasy, as a Qurʾanic and Shariʿa decree, is among the subjects which contradicts with two subjects i.e., Human Rights as well as Freedom of Religion. Therefore, this study has tried to investigate the reasons and causes of apostasy in two different periods. In the other part, this study goes one step further to see the roots of conversion among Muslim communities during the early period of Islam on the basis of Qurʾanic, Ḥadīthī, and historical sources. The social, religious and personal reasons given for Muslim conversion …
Sumbangan Jamal Al-Din Al-Qasimi Dalam Bidang Astronomi: Kajian Berdasarkan Kitab Tafsir Mahasin Al Ta'wil / Hamizah Ruslan, Ruslan Hamizah
Sumbangan Jamal Al-Din Al-Qasimi Dalam Bidang Astronomi: Kajian Berdasarkan Kitab Tafsir Mahasin Al Ta'wil / Hamizah Ruslan, Ruslan Hamizah
Student Works (2010-2019)
Kajian ini membahaskan tentang sumbangan Jamāl al-Dīn al-Qāsimī dalam bidang astronomi melalui hasil usaha beliau menulis kitab tafsir bertajuk Maḥāsin al-Ta’wīl dengan menjadikan beberapa topik astronomi yang ditekankan oleh al-Qāsimī sebagai asas kajian. Metode kajian ini berasaskan penyelidikan perpustakaan dengan menggunakan metode pengumpulan data, metode analisis kandungan dan metode kualitatif. Topik-topik terpilih telah dihuraikan dengan menggunakan analisis komparatif iaitu kajian perbandingan dengan kitab-kitab tafsir muktabar yang lain serta membawa kajian-kajian saintifik yang bersesuaian dengan topik berkenaan. Sumber data adalah melalui kitab Maḥāsin al-Ta’wīl, kitab-kitab tafsir yang muktabar, karya-karya al-Qāsimī, kitab-kitab umum, tesis dan disertasi serta laman sesawang berautoriti berkaitan dengan …
Tawarruq Dalam Pembiayaan Mikro Di Amanah Ikhtiar Malaysia: Analisis Berdasarkan Piawaian Syariah, Bank Negara Malaysia / Mohamad Hafiz Ahmad Ali, Ahmad Ali Mohamad Hafiz
Tawarruq Dalam Pembiayaan Mikro Di Amanah Ikhtiar Malaysia: Analisis Berdasarkan Piawaian Syariah, Bank Negara Malaysia / Mohamad Hafiz Ahmad Ali, Ahmad Ali Mohamad Hafiz
Student Works (2010-2019)
Amanah Ikhtiar Malaysia adalah sebuah institusi pembiayaan mikro yang menawarkan pembiayaan kecil-kecilan kepada golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan di Malaysia. Pembiayaan mikro berkenaan mengamalkan kontrak tawarruq sebagai dasar transaksi. Namun begitu, pelaksanaan tawarruq di Malaysia dipertikaikan berasaskan standard piawaian Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) dan tawarruq didapati mempunyai hiyal sebagaimana bay„ al-„inah. Para pengkaji sebelum ini menjadikan piawaian Syariah AAOIFI sebagai rujukan disebabkan oleh ketiadaan peraturan khusus yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Biarpun piawaian AAOIFI buat masa ini masih relevan, namun, kini Malaysia telah memiliki standard piawaian Syariah tersendiri yang …
Pengaplikasian Terapi Islam Dan Peranan Guru Dalam Pendidikan Akhlak: Suatu Kajian Kes Terhadap Pelajar Sekolah Tahfiz Swasta / Azizul Hisham Abdul Rashad, Abdul Rashad Azizul Hisham
Pengaplikasian Terapi Islam Dan Peranan Guru Dalam Pendidikan Akhlak: Suatu Kajian Kes Terhadap Pelajar Sekolah Tahfiz Swasta / Azizul Hisham Abdul Rashad, Abdul Rashad Azizul Hisham
Student Works (2010-2019)
Kajian ini membincangkan pengaplikasian Terapi Islam dan peranan guru dalam pendidikan akhlak terhadap para pelajar di salah sebuah sekolah tahfiz swasta di Selangor. Objektif kajian adalah membentuk model terapi Islam yang relevan untuk digunakan terhadap kumpulan sasaran dan mengkaji peranan guru dalam mendidik akhlak remaja kini menurut peribadi Rasulullah s.a.w. di samping mengenalpasti latar belakang masalah akhlak dalam kalangan pelajar tahfiz kini serta menganalisis keberkesanan terapi Islam dan peranan guru dalam pendidikan akhlak dalam kalangan pelajar-pelajar tahfiz di lokasi kajian. Signifikannya kajian ini dilakukan adalah mencari suatu alternatif dalam mengatasi kemelut akhlak yang semakin teruk dalam kalangan remaja. Bagi tujuan …
Disiplin Dan Hukuman Dalam Pendidikan Kanak-Kanak Menurut Ibn Hajar Al-Haytami (M.974 H): Analisis Kitab Tahrir Al-Maqal Fi Adab Wa Ahkam Wa Fawa’Id Yahtaju Ilayha Mu’Addibu Al-Atfal / Mohd Hasem Almuddin, Almuddin Mohd Hasem
Student Works (2010-2019)
Disiplin dan hukuman adalah antara subjek yang terbabit dalam pendidikan termasuk pendidikan Islam, malah ramai ilmuwan Muslim turut membincangkannya. Ibn Ḥajar al- Ḥaytamī (909-974 H/ 1503-1566 M) merupakan seorang ilmuwan Muslim yang lebih dikenali dalam bidang fiqh turut membahaskan perkara tersebut menerusi karyanya Taḥrīr al-Maqāl fī Ādāb wa Aḥkām wa Fawā’id Yaḥtāj Ilayhā Mu’addibu al-Aṭfāl. Hal ini menimbulkan persoalan bagaimana bentuk perbahasan beliau terhadap kedua-dua perkara tersebut. Di samping itu, turut dipersoalkan ialah kemampuan untuk membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan. Kajian ini menganalisis pemikiran Ibn Ḥajar al-Ḥaytamī menerusi kitab Taḥrīr al-Maqāl berkenaan disiplin dan hukuman khususnya dalam pendidikan kanak-kanak …
Wanita Dan Risiko Kesihatan: Kajian Kesedaran Wanita Terhadap Kepentingan Produk Takaful Wanita / Nor Hanani Ahmad, Ahmad Nor Hanani
Wanita Dan Risiko Kesihatan: Kajian Kesedaran Wanita Terhadap Kepentingan Produk Takaful Wanita / Nor Hanani Ahmad, Ahmad Nor Hanani
Student Works (2010-2019)
Wanita dengan risiko kesihatan merupakan sesuatu perkara yang tidak boleh dijangka kemungkinan akan berlaku tanpa mengira peringkat umur wanita. Penawaran produk takaful wanita oleh beberapa pengendali takaful terpilih merupakan suatu wasilah yang membantu wanita dalam membuat persediaan dari segi kewangan dan perlindungan kesihatan. Kajian ini membincangkan kepelbagaian risiko kesihatan wanita yang dikaitkan dengan manfaat penawaran produk takaful wanita. Selain itu, kajian ini turut membincangkan bagaimana kesedaran wanita terhadap kepentingan produk takaful wanita dalam menyediakan perlindungan penyakit khusus wanita dan perlindungan kewangan. Kaedah campuran telah digunakan dalam kajian ini termasuk dokumentasi, temu bual dan soal selidik bagi proses pengumpulan data. Data …